Sabtu, Ogos 08, 2009

Penjajah Kembali Lagi

Penjajah mai lagi
lari-lari penjajah mai lagi
penjajah dah kembali

dia bawak apa mai sini
lagi dahsyat
tak pakai kapal terbang pun
hang tengok ramai tak sembahyang

Penjajah mai lagi
lari-lari penjajah mai lagi
penjajah dah kembali

dia bawak apa mai sini
lagi dahsyat
tak payah bawak heli
hang tengok dah ramai tunjuk coli

penjajah mai lagi
lari-lari penjajah mai lagi
penjajah dah kembali

dia bawak apa mai sini
lagi dahsyat
tak payah bawak meriam
hang tengok dah ramai bangsa kita arak pun depa tonggang

penjajah mai lagi
lari-lari penjajah mai lagi
penjajah dah kembali

dia bawak apa mai sini
lagi dahsyat
tak payah bawak kereta kebai
hang tengok ramai anak dara dah kena tibai

penjajah mai lagi
lari-lari penjajah mai lagi
penjajah dah kembali

dia bawak apa mai sini
lagi dahsyat
tak payah bawak kapal selam
hang tengok dah ramai tunjuk seluar dalam

penjajah mai lagi
lari-lari penjajah mai lagi
penjajah dah kembali

dia bawak apa mai sini
lagi dahsyat
tak payah bawak jet
hang tengok dah ramai macam monyet

penjajah mai lagi
lari-lari penjajah mai lagi
penjajah dah kembali
dia bawak apa mai sini
lagi dahsyat
tak payah bawak skud
hang tengok dah ramai nampak pusat, perut buncit, tak dak bapak, keluaq anak dalam jamban depa sumbat.

dahsyat-dahsyat.
Kali ni lagi dahsyat.
Jangan sampai kita tak tau adat
Tak sempat-sempat nak buat
Last-last celah kangkang kena sumbat
Kalau tak sempat TAUBAT
Sampai akhirat api neraka sedia nak jilat.

Masa Yang Genting

Merebaknya wabak H1N1 ini terutamanya kes kematian yang makin bertambah di negara kita menunjukkan bahawa ada beberapa masalah masalah ataupun peringatan kepada semua warga malaysia. Masalah tersebut mungkin daripada perpecahan umat islam yang semakin meruncing kebelakangan ini.

Saya menyebut mungkin kerana saya tidak membuat kajian yang terperinci, hanya melalui pembacaan bahan-bahan ilmiah sahaja.
Terdapatnya dua kuasa yang sedang berebut untuk menjadi pemimpin di kalangan rakyat. Kuasa ini menunjukkan bahawasanya merekalah yang maha hebat dan yang boleh menyelamatkan rakyat negara ini daripada segala bala bencana yang menimpa.

Selain H1N1 terdapat juga masalah lain seperti kemelesetan ekonomi, masalah sosial seperti seks luar nikah (zina), minum arak, gay, lesbian dan sebagainya. Masalah-masalah ini langsung tidak diambil pusing oleh kedua-dua kuasa besar ini. Apa yang mereka tahu ialah berebut kuasa dan bertanding siapa lebih kuat, siapa yang mendapat mandat, siapa yang diterima rakyat.
Tetapi, mangsanya ialah ialah rakyat. Sedang kan mereka hanyalah memain-mainkan sentimen rakyat.

Satu masalah belum selesai, timbul pula masalah yang lain. Masalah A belum selesai Masalah B pula muncul. Ini lah bala yang Allah SWT turunkan kepada hambanya untuk mereka muhasabah diri. Sekiranya kita masih belum bermuhasabah diri insyaalah ada lagi masalah lain yang akan muncul.

Akhirul kalam tepuk dada tanyalah Iman masing-masing. Kepada yang berkuasa, gunalah kuasa sebaik-baiknya. Kepada yang berilmu, gunalah ilmu untuk kesejahteraan umat. Kepada rakyat sama-sama kita bermunajat meminta dihindari daripada bala yang maha dahsyat ini

Sekian.

Ahad, Ogos 02, 2009

aduhai

teruknya nak pangkah yang mana
yang hijau atau biru tua
bulan atau pun yang neraca
bila saja nak pangkah tak tau yang mana

hati ini ingin ku mengundi
pening betoi dan sakit hati ini
menifesto ikut suka hati
kalau ku ikutkan jugak aku boleh mati

itu sebabnya ramai tak mengundi
ikut kata depa Ya Allah aku ni tak berparti
nak pangkah bulan nanti dacing kempunan
kalau ku ikutkan korang boleh jalan

Oh Bulan ataupun yang timbangan
Aku ini bukannya nak lawan
kalau betoi hangpa nak kemenangan
pikiaq-pikiaq bila nak tulih perjanjian.
pikiaq-pikiaq bila nak bagi habuan.