Jumaat, Mei 28, 2010

Subsidi, sub CD, Sub CD

subsidi?
bantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya drpd kerajaan) yg diberi kpd sesuatu pihak tertentu.(kamus dewan edisi ketiga)

Tarik balik saja.
Time kasih pi Em ku.
setidak-tidaknya lepas nih tak dak dah la orang seludup pi negara jiran.
hasil negara pun dapat diselamatkan daripada golongan kaduk naik junjung ni.

Malaysia pun tak kan muflis pada tahun 2019 konon kata tok nujum berita TV 1.
Bagi aku la kerajaan perlu naikkan harga-harga barangan melebihi dari harga barang di Negara Jiran sebabnya :
1. takkan ada lagi penyeludupan barangan malaysia ke negara jiran. contohnya minyak. naikkan 1 liter kepada RM 10 atau RM 20. sudah pasti orang-orang Thailand tak kan isi lagi minyak di sempadan negara.
2. Pihak-pihak penguasa di sempadan dapat berehat dan meluangkan masa kepada keluarga. Dan ini akan berjaya lah misi Permata Negara yang dilaung-laungkan oleh Isteri Pi Emku.
3. pendapatan kerajaan akan meningkat hasil daripada cukai-cukai barangan tersebut. dan petronas akan membayar cukai lebih banyak kepada kerajaan hasil daripada jualan minyak tadi.
4. mengurangkan pencemaran.
5. tidak ada lagi budaya rempit dikalangan muda-mudi kita kerana tak mampu nak isi minyak.
6. meningkatkan budaya berjimat cermat.
7. dapat mengurangkan perbelanjaan hospital kerana tiada kemalangan akibat rempit dan tergesa-gesa, kurang nya penyakit kencing manis (harga gula naik kepada rm 20 satu kg).
8. lu orang pikir la sendiri.
Berikut adalah cadangan-cadangan aku untuk senarai harga barang dan kebaikkannya sekiranya subsidi di tarik balik
1. beras - rm 20/kg : mengurangkan berat badan/obesiti - rakyat hidup sihat.
2. gula - rm 20/kg : mengurangkan diabetis- perbelanjaan KKM untuk ubat dapat dikurangkan.
3. minyak - rm 20/liter : menghapuskan penyeludupan ke negara jiran.
4. tepung - rm 20/kg : menghapuskan penyeludupan.
5. elektrik - RM 20/kwj : menghapuskan aktiviti tidak sihat dikalangan masyarakat.
6. arak - RM 2 juta/ botol : mengurangkan penyakit sosial di kalangan masyarakat. kerana arak ialah ibu kepada kejahatan.
7. rokok - rm 20 sebatang - kerajaan akan dapat banyak duit daripada hasil cukai rokok kerana penagih rokok akan membelinya walaupun harga nya naik sehingga RM 1000 sebatang.
ini sajalah sumbangan idea yang dapat aku coretkan diruangan ini. Aku harap idea aku ini diterima dan diluluskan oleh kabinet.
* kenapa hanya ada angka 20 saja?( ini kerana sekiranya kerajaan tidak menghapuskan subsidi wawasan radio buruk(2020) tak akan tercapai ikut ramalan ahli nujum negara TV1 malaysia akan muflis pada tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak tarik balik subsidi..
hapuskan saja subsidi.
kerajaan dapat 74 bilion setahun boleh bagi kat kroni, anak dan bini, serta untuk diri dan boleh berpoligami.