Ahad, Ogos 16, 2009

Penghinaan Terhadap Agama

Maaf kerana imej ini kurang jelas.
Gambar ini juga menunjukkan satu penghinaan terhadap agama. Tidakkah anda sedar secara senyap-senyap pasaraya ini telah menghina agama Islam. Kebanyakan kita tidak sedar atau ambil kisah akan perkara ini. Cuba anda perhatikan betul-betul papan tanda di atas ini. Surau dan tandas bersebelahan saja dan arah kiblat menuju ke arah tandas tersebut. Di mana pemimpin kita? Di mana pula pegawai dari jabatan agama islam. Tidakkah mereka memantau hal ini, ataupun cakap-cakap mereka tidak langsung diambil pusing oleh pengurusan pasaraya ini? Mengapa hal ini boleh terjadi? Tidakkah ada pekerja yang beragama islam di sini ? Mengapa mereka berdiam diri saja. Ini perlu campur tangan pihak politik. Ayuh laksanakan tugas anda tarik saja permit pasaraya ini. Ini sudah terang lagi bersuluh ia menghina agama kita.
(pasaraya ini terletak di Taiping)

Siapa Pengkianat Ini....



Satu Pengkianatan terhadap Negara Malaysia. Cuba Anda lihat imej ini. Pada saya pasar raya ini telah mengkianati negara malaysia kerana ia sengaja meletakkan patung ayam bertenggek di atas bendera kita. Ayuh para menteri saman saja syarikat ini. Ini merupakan terang-terangan ia menjatuhkan imej negara kita kepada masyarakat umum. Adakah kita rasa perkara ini perkara remeh. Ataupun tidak ada apa-apa. Tepuk dada tanyalah diri anda.