Khamis, Oktober 08, 2009

Cacing Gila

Aku bukan musuh harta
Aku bukan musuh dunia
Aku bukan musuh sesiapa
Aku cuma musuh perompak negara

Perompak harta rakyat jelata
Perompak segala harta dunia
Perompak yang merompak kasih anaknya
Perompak yang tidur lena dibuai tahta dunia
Perompak yang bebas dari semua penguasa dunia
Perompak yang senang lenang mengikis harta warganya

Aku cuma musuh pengkhianat negara
Pengkhianat yang diberi amanah rakyat
Pengkhianat yang dipilih sekalian rakyat
Pengkhianat yang menyusahkan hidup rakyat
Pengkhianat yang memberi rasuah tak kira tempat.

Harta rakyat semua disebat
Harta awam semua di kemam
Telunjuk syaitan mereka perjuangkan

Pengkhianat yang melacur amanah rakyat
Tidak hirau kehidupan akhirat

Dengan Doa rakyat yang merempat
Dengan Doa rakyat yang melarat
Insyaallah mereka tak senang di dunia dan akhirat

Amin