Orang tua itu sudah nazak
Orang tua itu sudah nyanyuk
Orang tua itu 60 tahun lebih usianya
Tapi
Nafsunya masih temahak
Hatinya masih hendak
Mulutnya masih menempelak
Tangannya masih bergerak
Bual bicaranya masih rancak
Orang tua itu
Indah namanya
Pemurah maknanya
Orang tua itu
Tak sehebat namanya
Orangnya rasuah
Orangnya gila talak
Orangnya pemarah
Orang tua itu
Pengkhianat bangsanya
Perompak negaranya
Pemusnah agamanya
Penderhaka dari dulu kini dan entah bila
Tak tahu malu lagaknya
Orang tua itu
Silap orang dijajanya
Hak orang haknya
Harta orang disebatnya
Anak orang di ISAnya
Duit orang di rebutnya
Pangkat orang dilucut jawatannya
MB orang disoroknya
Orang tua itu
Ada lagi mahukannya
Ada lagi yang memujanya
Nak kata bodoh diberi akal
Nak kata alim akalnya dangkal
Orang tua itu
Bermulut dua telinganya satu
Di sini lain di sana lain
Di sini tipu di sana bohong
Di sini janji di sana mungkir
Ya Allah berilah hidayah mu kepada orang tua itu
Tunjukilah ia jalan yang lurus
Amin
Jumaat, April 10, 2009
Rasuah 0h Rasuah
Rasuah oh Rasuah
Bagi salah tak bagi kalah
Jadi semua serba salah
Bagi kat sini yang sana menyampah
Bagi kat sana kat sini menyumpah
Bagi dua-dua lagi payah
Silap-silap dua-dua bertelagah
Bagi kalah tak bagi lagi lah kalah
Bagi susah tak bagi lagi susah
Rasuah oh Rasuah
Tak bagi kalah bagi susah pulak kat alam Barzakh
Jadi semua serba kalah
Bagi salah tak bagi kalah
Jadi semua serba salah
Bagi kat sini yang sana menyampah
Bagi kat sana kat sini menyumpah
Bagi dua-dua lagi payah
Silap-silap dua-dua bertelagah
Bagi kalah tak bagi lagi lah kalah
Bagi susah tak bagi lagi susah
Rasuah oh Rasuah
Tak bagi kalah bagi susah pulak kat alam Barzakh
Jadi semua serba kalah
Langgan:
Catatan (Atom)