Jumaat, September 12, 2008

Pesan Si JB

Pesan Si JiwangBlues.

Hidup susah
Mati pun susah
Hidup dah la susah
Mati lagi susah

Tu laa
Orang dah pesan
Masa kecik rajin la belajaq
Orang belajaq dia pi main
Orang suruh main di lagi main-main
Macam mana la tak susah.

Ni yang payah
Dah la payah susah pulak tu
Orang tua-tua dah kata
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ketepian
Bersakit-sakit dulu
Bersenang-senang kemudian
Ni asyik nak senang saja
Apa crita

Ni lagi payah
Barang Naik, Bil Naik, Semua naik
Hujan saja turun
Nasib-nasib

Apa yang payah
Rezeki ada di mana-mana
Yang payah tu
Malas saja
Rajin kerja
Rajin usaha
Insyaallah
Pasti berjaya.

Jangan jadi makna akronim Mim.Lam alif.Ya.Wau
Mim tu malas
Lam alif lalai, lembek
Ya pulak yakin
Wau tu was-was
(dalam dok yakin tu pun ada jugak was-was)
Susah punya crita

Jadi lah makna akronim Mim. Lam alif. Ya. Wau yang ni
Mim - motivasi
Lam alif – lebih (kena lebih sikit usaha tu)
Ya – yakin (yakin apa yang kita buat tu akan berjaya)
Wau – wawasan

Selain tu kena jugak ada DUIT
D – doa
U – Usaha
I – ikhtiar
T – tawakal.

Ada benda-benda ni semua
Insyaallah berjaya
Tak la payah sangat
Tak dak la susah sangat
Yang ni
Orang naik minyak sikit dah bising
Usaha la sikit
Jangan harap subsidi saja
Semua benda nak subsidi
Semua benda nak insentif
Bankrap sikit suruh kerajaan bayar bail out
Macam mana nak maju.

Ni yang paling payah lagi susah
Kerja tak banyak mana pun claim saja yang lebih
Payah betul
Pi mesyuarat naik motor saja
Tapi claim fuh hebat.
Mana la rezeki tu nak berkat.
Aku pun 2 X 5 jugak dalam bab ni
Apa daaaa mana la hidup ni nak senang
Tu yang dok susah saja tu
Tak abih susah lagi
Mai susah lain pulak
Tawakal sajalah tu yang termampu pun.
Harap senang la sikit hidup ni

Yang tak susah-susah JB.

Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Si LUNCAI terjun dengan labu-labunya
Biarkan –biarkan
Mana boleh biarkan
Kita dalam labunya

Si LUNCAI terjun dengan labu-labunya
Biarkan –biarkan
Mana boleh biarkan
Kita dalam labunya
Kalau dia terjun kita pun akan terjun jugak
Kita lompat ke labu lain
Boleh ka
Habis tu hang nak tenggelam dengan si LUNCAI tu ka
Hang jangan tak tau labu Si LUNCAI tu dah belubang
Ramai dah melompat
Kita saja yang tak lompat lagi
Aku bukan tak mau lompat
Labu Si LUNCAI tu la yang banyak berjasa kat aku

Sikit saja yang kita dapat
Geng-geng Si LUNCAI tu lagi banyak dapat
Hang tak payah risau la
Kalau lompat kat tempat lain pun kita dapat jugak
Sama saja
Si LUNCAI tu terjun tak pa laa dia dah kaya
Kita ni apa ada
Ya tak ya jugak.
Hang nak lompat ka
Kalau hang lompat aku pun lompat jugak la
OK kalau macam tu kita lompat sama sama
Satu dua tiga
Lompat !!!!!!
Huh selamat pun.
Si LUNCAI dah terjun kaa
Belum lagi
Sat lagi dia terjun la tu

Si LUNCAI terjun dengan labu-labunya
Biar-biarkan.
Tenggelam ka Si LUNCAI tu
Tak, hampir-hampir saja
Tapi lokoih jugak la Si LUNCAI tu
Nyaris tak mati
Ada lagi ka dalam labu Si LUNCAI tu
Ada
Tapi .... tak tau sampai bila depa nak tunggu.
Dia terjun sendiri ka
Orang suruh dia terjun
Ka orang paksa dia terjun
Orang tolak dia terjun
Dia tak mau terjun lagi
Tapi orang tolak dia
Tu yang tercungap-cungap tu
Oooooooo .....

Si LUNCAI terjun dengan labu-labunya
Biar-biarkan.

Hangpa pikiaq la sendiri

Handphone Lama VS Handphone Baru.

Handphone Lama VS Handphone Baru.

Dia tak terfikir ka la ni zaman dah canggih. Apa, dia ingat dia tu bagus sangat ka. Masa dia dulu boleh la. Dia tak sedar diri tu. Kalau dah lama tu, jangan dok menyusahkan orang lain. Zaman dia tu lain la, dapat SMS pun dah kita bagus dah. La ni bukan setakat SMS.. macam –macam dah adaa. Kalau aku nak bagi tahu pun buat mengabihkan air liur aku saja . semua orang dah tau. Bukan setakat SMS, MMS, Radio, TV, Internet, macam- macam ada lagi, aku pun tak tau nak sebut banyak sangat. Nak apa? Semua boleh dapat. Tapi ..... dia tu asyik nak ikut cakap dia saja, pandangan kita ni dia buang. Bukannya buang dengar pun tak. Hebat sangat ka dia tu.... baru ada pangkat sikit dah berlagak. Cara dia tu orang tak pakai dah. Dah ada cara yang baik, guna saja lah, tu pun payah sangat ka. Kalau dia nak jugak cara dia tu, suruh dia saja yang buat. Sedar la sama orang la ni dah tak ikut pepatah mentimun dengan durian. Tapi tak pa kita tengok saja nanti, tak lama lagi masuk tong sampah la. Tak pun masuk muzium. Kita bukan kurang ajar atau biadap dengan dia, kita tau la dia tu banyak berjasa, kalau tak dak dia tak dak la kita ni. Tapi respek la kat kita sama, jangan dok ikut kepala angin dia saja. Releks beb releks kita tunggu saja nanti.

Hangpa pikiaqla sendiri.

Perkara Paling Lucu La Ini

Perkara Paling Lucu La Ini

Harga minyak di sini lebih murah jika dibandingkan dengan Singapura dan Thailand.
Minyak perlu dinaikkan kerana sekiranya minyak murah rakyat akan boros.
Walaupun harga minyak naik dan kos meningkat peniaga perlu jual pada harga asal kerana ia masih menguntungkan.
Bil elektrik perlu dinaikkan kerana semua kos meningkat.
Si penuduh tak boleh didakwa walaupun tidak mengemukakan saksi.
Untuk membantu pengusaha bas, kita beri izin untuk menaikkan tambang 30% pada musim raya ini.
Sekiranya kita beri air 20 M padu percuma rakyat akan membazir.
Kalau kita laksanakan undang-undang Islam nanti ramai rakyat akan kudung tangan.
Jejambat retak kerana banyak kenderaan menggunakannya.
Undang-undang Islam tak boleh dilaksanakan kerana pada masa sekarang ini susah nak cari orang yang betul-betul beriman untuk nebjadi saksi penghakiman.
Kalau gula pasir mahal, kita pakai gula merah. (boleh ka kalau buat air teh guna gula merah ?)
Orang-orang besar boleh peluk dan dipeluk oleh orang yang bukan muhrim.
Mufti perlu dilucutkan jawatan kerana menegur ratu cantik.
Walaupun kita negara Islam, ISA perlu dilaksanakan juga.
Untuk menagih simpati kita boleh melebamkan mata sendiri.
Walaupun kita mengamalkan demokrasi jawatan ketua dan timbalannya tak boleh dipertandingkan.
Kandang babi tak boleh diletakkan di satu tempat tapi boleh buat di mana-mana saja.

Pesan Si Bijak Pandai

Pesan Si Bijak Pandai

Orang yang benar-benar bertanggungjawab tidak sekadar melihat tanggungjawab dirinya semata-mata, tetapi juga sedar akan tanggungjawab yang tidak dilaksanakan oleh orang lain.

Semua kebisingan boleh disenyapkan, kecuali kebisingan suara hati. Anda boleh mengabai atau tidak mengendahkannya, tapi anada tidak boleh memusnahkannya.

Bunga memberikan anda bau yang harum. Humor memberikan anda senyuman yang manis.

Jika anda suka menyimpan benda-benda yang tidak perlu, akhirnya tiada lagi ruang untuk anda mengisi benda-benda yang perlu.

Kejayaan hanya boleh dicapai oleh orang yang mencuba. Cubalah ….. banyak yang akan anda perolehi dan terlalu sedikit pula yang hilang.

Jauh perjalanan luas pengalaman. Pengalaman ialah guru yang sejati. Guru hanya mengajar & mendidik, Pengalamanlah yang mematangkan seseorang kerana guru juga belajar daripada pengalaman.