Khamis, Disember 31, 2009

Harga gula lebih RM 0.20

Hari ini aku berasa sungguh seronok kerana mendapat hadiah tahun baru iaitu HARGA GULA DIJUAL LEBIH RM0.20 DARIPADA HARGA BIASA. Inilah hadiah yang paling istimewa daripada kerajaan Malaysia pimpinan DS N dan DS R.
Walaupun diberi imbuhan RM500 baru-baru ini, namun hadiah ini lah yang paling aku gemari. Ini kerana penyakit kronik rakyat malaysia akan menurun dengan mendadak disebabkan oleh hadiah yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan selama ini.
Dengan ini kerajaan Malaysia akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk membeli ubat-ubatan. Justeru itu dapatlah kerajaan membelanjakan peruntukan itu untuk kebajikan rakyat.
Disebabkan Harga Jualan melebihi RM0.20 ini. pihak peniaga akan mendapat lebih sedikit rezeki mereka pada tahun-tahun mendatang ini. Dapatlah kita lihat pada 1 Januari 2010 HARGA-HARGA MAKANAN akan dijual lebih sedikit daripada biasa.
Tahniah dan syabas diucakan kepada YAB DS N, kerana berjaya menaikkan ekonomi Malaysia. Benarlan seperti slogan yang telah diwar-warkan oleh pemimpin Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Izikan aku untuk menghuraikan sedikit Slogan tersebut mengikut versi aku.
Rakyat Didahulukan - rakyat dahulu perlu menanggung bebanan kewangan barulah pihak pemerintah.
Pencapaian Diutamakan - Kerajaan perlu mencapai target keuntungan yang paling maksima supaya pemimpin-pemimpin boleh berbelanja sakan.
Sekian.
kalau ada jarum yang patah
jangan simpan di dalam hati
kalau ada yang merasa marah
tolonglah komen catatan aku ini.