Ahad, April 24, 2011

Aku Bukan AHLI PAS, PKR, UMNO

Aku sebenarnya hanya kesian kepada parti-parti yang kononnya membela agama, bangsa dan negara yang tercinta ini. Namun begitu akhir-akhir ini apa yang aku lihat dan dengar banyak yang dah terpesong dari jalan yang sebenarnya. Sama ada berita itu rekaan, palsu ataupun benar, tak dapat aku nak buktikan dengan akal fikiran aku.

UMNO
dah lama memerintah negara, apa yang aku tahu... banyak penyelewengan yang berlaku. sebagai contohnya banyak tanah-tanah rezab melayu yang dah tergadai kepada bangsa asing akibat daripada pembangunan yang banyak diwar-warkan.  kejadian rasuah yang berleluasa akibat daripada kelemahan penguatkuasaan. Sampai orang-orang kampung aku sendiri ada berkata... kalau nak jadi kaya masuklah UMNO. Kalau nak dapat banyak projek kena jadi ahli UMNO. kalau dah dapat projek kena bagi sikit kat UMNO. Pemimpin-pemimpin mereka hanyalah kenal KRONI, Anak dan BINInya saja. Tetapi apabila dah dekat nak mengundi barulah mereka kenal rakyat bawahan. Datanglah gerombolan untuk membantu kononnya mereka prihatin. nasib baiklah mengundi 5 tahun sekali ada jugak mereka datang menjengok. kalau 10 tahun sekali tak tahulah apa nak jadi.Pemimpin-pemimpin ini ada juga terlalu angkuh sehingga langsung tak mahu mendengar pandangan dan kritikan terhadap mereka. Mereka rasa merekalah yang betul sebetulnya tak ada yang betul melainkan mereka. Kalau teguran yang agak keras ISAlah jawabnya.

PKR
Parti yang masih muda di malaysia, Namun begitu, ramai dikalangan pemimpin-pemimpin yang bercakaran sesama sendiri, langsung tidak ada jati diri yang mantap. Banyak juga wakil-wakil rakyat di kalangan PKR yang melompat. Langsung tidak ada perasaan bersalah terhadap pengundi yang mengundi Parti semasa pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini sebenarnya perasan yang kononnya mereka rasa pengundi mengundi mereka semasa pilihanraya yang lepas, kalau mereka tanya pengundi saya rasa 99.99% akan kata mereka  langsung   tak kenal calon yang mereka undi, mereka hanya tahu mereka ini wakil parti dan lambang parti lah yang sebenarnya mereka pilih. Selain itu, parti ini hanya wujud untuk menjatuhkan parti BN yang memerintah Malaysia ketika ini. Rasanya tidak ada agenda begitu mantap untuk betul-betul dipilih dan dinilai oleh rakyat. Dikalangan pemimpin mereka hanyalah ada untuk membuat demonstrasi untuk membantah segala rancangan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. Tak ada hujah yang bernas untuk menangkis segala perancangan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. Tak ada juga cadangan untuk penambahbaikan atau penyelesaian yang sepatutnya diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan sebarang masalah.

PAS
Parti yang berlandaskan Islam. Tapi aku lihat kebanyakan ahli-ahlinya tidak juga melaksanakan syariat islam. Ada juga aku dengar kalau nak masuk syurga undi PAS. Tetapi barang kali mereka lupa, bukan undi saja yang boleh masuk syurga, ada lagi yang perlu dilakukan oleh seseorang muslim itu untuk membolehkan mereka masuk syurga. Seringkali aku dengar ceramah-ceramah mereka ada yang enak aku dengar dan ada juga yang tak enak didengar. Ada juga dikalangan ahli-ahli begitu taksub kepada beberapa pemimpin mereka sampai tak boleh langsung hendak komen tentang kelemahan pemimpin mereka. Isu-isu kafir mengkafir dikalangan sesetengah pemimpin dan ahli menyebabkan ramai dikalangan pengundi tidak beberapa gemar untuk mengundi parti PAS ini. Tambahan lagi isu derhaka yang banyak dimainkan oleh media arus perdana banyak memberi tamparan yang hebat terhadap parti ini. Sepatutnya pemimpin-pemimpin parti ini perlu mencari jalan untuk menangkis serangan dari pihak lawan. sekiranya tidak, parti ini akan kecundang di pilihanraya nanti. Parti ini perlu ada beberapa perancangan rapi untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh lawan. Masalah inilah yang perlu diselesaikan dahulu supaya keyakinan dan sokongan rakyat akan kembali kepada mereka.
Jika kita diserang kita perlu bertahan.. bertahan bukan mengalah tetapi perlu ada strategi untuk menyerang kembali. Jika telah diserang ia akan mengambil masa yang lama untuk pulih.
Pertahanan yang terbaik adalah menyerang. Untuk menyerang perlu ada strategi. Jika kita menyerang jangan lupa untuk bertahan.

Akhirukalam ingatlah musuh kita hanya menunggu masa untuk mengambil alih pentadbiran negara. Jika kita leka dengan sekelip mata sahaja mereka akan rampas. Pada masa itu kita akan melukut di negara sindiri. Sejarah telah banyak mengajar kita.Dan jangan lah kita lupa tentang sejarah. Ambillah iktibar dari sejarah.