Ahad, September 13, 2009

Terima Kasih PM ku DS Najib (DS N)

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana telah membuka hati PM Malaysia memberi BONUS kepada kakitangan awam kumpulan sokongan. Terima kasih kepada PMku DS N di atas pemberian ini.

Walaupun kita baru dikejutkan dengan penjualan minyak lebih lima sen baru-baru ini, tetapi di atas rasa prihatin terhadap rakyatnya iaitu golongan berpendapatan rendah di sektor awam beliau telah memberi sedikit harapan untuk menyambut perayaan tidak lama lagi. Dengan sumbangan ikhlas RM 250 tersebut dapatlah kakitangan awam berbelanja untuk sambutan tersebut.

Dengan itu jugalah mereka dapat membeli sepasang baju melayu yang rata-rata berharga RM 80 - RM 150 yang telah siap dijahit. Mereka juga dapat membeli baju kurung pasangan mereka yang kebanyakan kedai-kedai ataupun pasar raya besar seperti Giant, ataupun tesco yang berharga RM 40 - RM 80 (yang kualiti kainnya seperti kain langsir) itu, untuk anak-anak lelaki mereka yang berumur 2 - 5 tahun, mereka dapat menghadiahkan sepasang baju melayu yang berharga RM 18 - RM 35 sepasang mengikut saiz. (yang berkualiti sama dengan kain lap kereta). Kepada anak-anak perempuan pula yang berumur 1 - 4 tahun pula mereka boleh pergi ke Warta Bangi untuk membeli baju kurung yang berharga RM 10 sepasang. (hanya kedai ini sahaja lah yang prihatin terhadap nasib rakyat sama seperti PM ku DS N.

Jika ada lebih sumbangan tersebut, dapatlah mereka mengisi minyak berharga lebih 5 sen untuk pulang berhari raya ke kampung halaman mereka. Sekiranya mereka dapat pulang ke kampung halaman kita boleh mendengar berita baik ini. "Trafik bergerak perlahan di kedua-dua belah TOL sama ada ke Selatan Mahupun Ke Utara, Kita lihat pemandu-pemandu begitu berhemah di musim perayaan kali ini, Tahniah buat rakyat negara kita".

Terima Kasih DS N, di atas sumbangan duit raya tersebut. Semoga rakyat dapat beraya dengan sanak dan saudara. berhati-hati dijalankan raya "Pandu Lambat Jiwa Selamat" Pandu Pantas Minyak Turun Laju Duit Habis Cepat" Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.