Ahad, April 17, 2011

Dah Lama Tak bukak Ini Blog

Hampir setahun rasanya aku tak tulis apa-apa dalam blog ni. Sibuk sesangat rasanya. Almaklum la ni aku dah cuba-cuba nak berniaga pulak. Walaupun dulu pun aku berniaga jugak tapi sempat la kadang-kadang tu bukak blog dan update sikit-sikit. Tapi sekarang bila dah full time aku berniaga ni inilah kali pertama aku ada kesempatan nak menulis dalam blog ni.
 Walaupun ada banyak isu-isu semasa yang melanda tanah airku tapi pilihan raya sarawak kali ke 10 ni membuatkan aku tak sabar- sabar nak menulis. Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada parti komponen BN kerana telah berjaya mengekalkan kemenangan dan pemerintahan di Negeri Bumi Kenyalang. Walaupun sebelum pilihan raya angin bertiup kencang bahawa Sarawak bakal berubah pemerintahan namun ternyata rakyat Sarawak tetap memilih kerajaan yang telah lama memerintah. Rakyat Sarawak nyata masih takut untuk menukar kerajaan dan masih memberi mandat kepada BN untuk mentadbir negeri.
 Untuk berubah kita mesti ada keberanian. Setiap keberanian mesti ada keimanan. Nyata sekali rakyat Sarawak masih belum berani nak menukar kerajaan. Setiap warga Sarawak pasti ada agenda masing-masing. Jawapannya hanya lah ada pada setiap warga Sarawak yang telah mengundi.
Tahniah sekali lagi kepada warga Sarawak kerana telah berjaya memilih kerajaan yang akan mentadbir negeri mereka 5 tahun lagi. Tetapi kali ini pastinya suara-suara akan riuh di dewan negeri kerana calon PR juga berjaya menguasai beberapa dun di Sarawak ini. Tahniah kepada yang berjaya.

Dah Lama Tak bukak Ini Blog