Ahad, Julai 10, 2011

Bersih 2.0

Besih 2.0 yang diketuai oleh Dato Ambiga (bekas presiden bar council) .Menuntut supaya pilihanraya di malaysia ni bersih menurut mereka. Bagi aku, no comment tentang bab-bab tuntutan ni. Sebabnya aku tak ambik port pun tentang pemerintahan kat Malaysia ni. sesapa yang memerintah dialah yang kena tunaikan tanggungjawab sebagai pemerintah. Jika dia ingkar jawablah nanti kat depan yang maha agung lagi bijaksana nanti.
Apa yang aku kesalkan tentang bersih 2.0 ni adalah cara pemerintah menangani peserta himpunan bersih ni. Aku tak mau labelkan seperti yang dilaporkan oleh media arus perdana iaitu penunjuk perasaan. Penunjuk perasaan ni bagi aku adalah kita semua dalam konteks ini pemerintah dan yang diperintah adalah sama-sama menunjukkan perasaan masing-masing. Berbalik kepada persoalan pokok diatas perenggan ini tadi  pihak pemerintah dan yang menjalankan tugas pemerintah tidak seharusnya bertindak kasar seperti apa yang terjadi semalam. Dari FB - FB yang aku baca terasa ketidakpuasan hati di kalangan perserta himpunan ini. Ada juga yang tercedera semasa bertembung dengan pihak berkuasa yang diamanahkan untuk menangani peserta himpunan ini. Bahkan ada peserta yang meninggal dunia akibat daripada tindakan pihak yang diberikuasa oleh pemenrintah melepaskan gas pemedih mata terhadap peserta himpunan tersebut. Siapa yang harus dipersalahkan ???

Derhaka ?
Isu derhaka banyak dimain-mainkan sekarang ini. Seingat aku Istilah derhaka ni dimainkan semasa rampasan kuasa kerajaan negeri Perak oleh parti-parti politik selepas setahun berlakunya pilihanraya ke 12. dalam isu ini siapa yang derhaka sebenarnya ? peserta himpunan ? penganjur himpunan ? atau pemimpin? apa yang aku tau SPBYD Agung telah memberi keizinan untuk berhimpun tetapi tempat nya adalah di suatu kawasan yang tertutup dan yang sesuai dalam konteks ini adalah sebuah stadium. Namun begitu kebenaran untuk menggunakan stadium yang diminta oleh penganjur acara ini tidak diluluskan. Permit perhimpunan juga tidak diluluskan. Siapa yang derhaka sebenarnya dalam kes ini?  

Polis.
Tahniah diucapkan kepada pihak Polis kerana melaksanakan tugas yang telah diberikan. Jasamu tetap ku kenang. Cuma ada beberapa insiden yang tak diingini berlaku semasa menangani permasaalahan ini. Ini mungkin di atas beberapa sebab antaranya mungkin adalah tekanan disebabkan arahan pihak atasan, kekurangan tidur dan rehat, menunjukkan kuasa kerana mereka tahu peserta himpunan akan hormat kepada pihak berkuasa. Mereka juga manusia biasa yang akan melakukan kesalahan. Itu yang perlu di akur oleh peserta himpunan kali ini.  apa yang penting ambillah iktibar dari perkara yang telah berlaku ini dan buatlah post mortem supaya tindakan yang bakal dan akan berlaku lagi akan menjadi lebih baik dan lancar.

Pemerintah
Pemerintah seharusnya lebih bijak dalam menangani isu ini. Jangan hanya menunjukkan kekuasaan sahaja. Aku rasa ada beberapa pemimpin ni terlalu angkuh dan bongkak dalam berhadapan dengan rakyat. Mereka ingat ini negara macam mereka sahaja yang punya. Sanggup membelakangkan perlembagaan Negara. Kerana kerakusan merekalah ada dikalangan rakyat kebanyakan bangkit untuk membuat tuntutan ini. Meraka sepatutnya bermuhasabah diri dan berfikir apakah yang telah mereka lakukan sehingga perkara ini boleh terjadi. Bagi aku, sekiranya mereka bertanggungjawab semasa mentadbir negara dan ambil peduli tentang masalah rakyat perkara seperti ini tak akan berlaku insyallah.