Sabtu, Ogos 08, 2009

Masa Yang Genting

Merebaknya wabak H1N1 ini terutamanya kes kematian yang makin bertambah di negara kita menunjukkan bahawa ada beberapa masalah masalah ataupun peringatan kepada semua warga malaysia. Masalah tersebut mungkin daripada perpecahan umat islam yang semakin meruncing kebelakangan ini.

Saya menyebut mungkin kerana saya tidak membuat kajian yang terperinci, hanya melalui pembacaan bahan-bahan ilmiah sahaja.
Terdapatnya dua kuasa yang sedang berebut untuk menjadi pemimpin di kalangan rakyat. Kuasa ini menunjukkan bahawasanya merekalah yang maha hebat dan yang boleh menyelamatkan rakyat negara ini daripada segala bala bencana yang menimpa.

Selain H1N1 terdapat juga masalah lain seperti kemelesetan ekonomi, masalah sosial seperti seks luar nikah (zina), minum arak, gay, lesbian dan sebagainya. Masalah-masalah ini langsung tidak diambil pusing oleh kedua-dua kuasa besar ini. Apa yang mereka tahu ialah berebut kuasa dan bertanding siapa lebih kuat, siapa yang mendapat mandat, siapa yang diterima rakyat.
Tetapi, mangsanya ialah ialah rakyat. Sedang kan mereka hanyalah memain-mainkan sentimen rakyat.

Satu masalah belum selesai, timbul pula masalah yang lain. Masalah A belum selesai Masalah B pula muncul. Ini lah bala yang Allah SWT turunkan kepada hambanya untuk mereka muhasabah diri. Sekiranya kita masih belum bermuhasabah diri insyaalah ada lagi masalah lain yang akan muncul.

Akhirul kalam tepuk dada tanyalah Iman masing-masing. Kepada yang berkuasa, gunalah kuasa sebaik-baiknya. Kepada yang berilmu, gunalah ilmu untuk kesejahteraan umat. Kepada rakyat sama-sama kita bermunajat meminta dihindari daripada bala yang maha dahsyat ini

Sekian.

Tiada ulasan: